HATI ?? Ade ape dengan hati ? Hati banyak bermain dengan perasaan , tak kire lah ape sekalipon perasaan tu , sedih , gembira mahupon bahagia . Hati FATIN ? Tuhan yang banyak tahu . Bole ke aku tipu perasaan aku sendiri ? kalau dengan orang lain memang boleh aku tipu , tapi bukan dengan perasaan aku sendiri . Kenape bile ade benda yang datang yang berkaitan dengan hati , sakit yang aku dapat ? Terlalu , bukan sikit . Menyayangi orang dan mencintai orang perkara yang paling sukar mesti aku hadapi . Pertemuan adalaah saat saat indah bagi setiap manusia . Same seperti aku . Mengenali setiap insan yang dipanggil CINTA HATI adalah sesuatu moment yang paling indah untuk setiap oraang yang merasainya . Hadirnya seseorang yang bernama lelaki , pasti kebahagiaan yang akan dipinta . Ini adalah kisah hidup aku . KIsah hidup yang benar benar terjadi sepanjang hidup aku yang bermula dari sekeping hati . Mengenali erti cinta memang saat saat yang paling indah dalam hidup aku . Bermulanye dengan seorang lelaki yang cukup sempurna dimata aku . Yang dipanggil CINTA PERTAMA . Hadirnya dia banyak merubah hidup aku . Memberi perlindungan , kasih sayang dan cinta membuatkan aku benar benar dihargai . 3 tahun bersama bagaikan dia yang terakhir dalam hidup aku . Setiap hari yang aku lalui pasti dia ade disisi aku . Sekalipon dia tak pernah tinggalkan aku . Tak semua yang aku inginkan akan aku dapat . Bak kata orang , " CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI " . Dan aku pergi meninggalkan dia . Bukan salah aku , tapi keadaan membuatkan aku harus memilih jalan sebenar hidup aku . Keadaan memaksa aku meninggalkan dia buat selamanya . Berdosa kah aku meninggalkan orang yang betol betol mengharapkan aku . Hanya dia sahaja yang tahu jawapannya .
Pedih yang aku alami diubati dengan hadirnya insan yang kedua . Hadirnya membuatkan aku betol betol bahagia . Cinta jarak jauh membuatkan aku mengenali erti kesabaran . Kerana dia aku kini mampu berdiri diatas kaki sendiri . Kerana dia aku melanjutkan pelajaran . Terima kasih kerana banyak memberi sokongan . Mengajar aku erti kedewasaan . Cinta yang hadir hanya mampu bertahan selama 9 bulan . Memang jodoh itu bukan milik kami . Satu perubahan yang amat ketara pada dirinya . Berubah sepenuhnya . Dan akhirnya meninggakan aku dengan rasa yang tidak bersalah . Hadirnya seorang perempuan dalam hidupnya membuatkan dia melupakan aku dan teros meninggalkan aku . Dan kini dia bahagia bersama insan yang dicintai . Semoga dia sentisa dirahmati ALLAH dan berjaya dalam hidupnya . Terima kasih atas segala kebaikan yang diberikan . Tiada perasaan dendam mahupon sakit hati . Yang lepas biarlah lepas dan aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan untuk mereka . semoga bahagia selamanya disamaping si dia :)
Kesedihan yang aku alami membuatkan aku menderita dan penat dengan hidup ini . Tak ada pelangi , tak ada warna . Sehinggakan semester 2 aku benar benar hancur . Dan aku membuat keputusan untuk berhenti mencintai orang . Hidup dicintai lebih baik dari mencintai . Dan aku tak mampu menolak takdir . Hadirnya insan ketiga membuatkan aku lebih berhati hati . Tak sanggup lagi mahu kecewa . Aku tak mintak ini semua berlaku , dan aku tak mampu nak menolak takdir . Dan dia mampu menceriakan hidup aku , dan aku kembali senyum untuk hari hari yang mendatang . Janji aku kepada diri , tidak akan menyayangi orang dengan sepenuh hati , sebab aku tak mahu kecewa buat kali yang ketiga . Dia , sebaik insan yang pernah aku jumpa . Bahagia dan cukup bahagia . Dia tak pernah sekali meninggalkan aku . Selalu ade dan sentiasa ada . Hidup , sekali lagi hidup tak seindah yang disangka . Cinta hanya mampu bertahan selama 2 bulan . Tanpa aku tahu apa salah dan silap aku . Dia sekali lagi pergi meninggalkan aku tanpa sebarang alasan , seperti gantung tidak bertali . Dan pengakhiran sebuah cerita , tertutup pintu hati untuk insan bernama lelaki .
Jodoh , ajal maut semua ketentuan tuhan , sekali lagi untuk yang terakhir , hadir seorang insan yang benama lelaki . Kejujuran nya membuatkan aku sentiasa tersenyum dan bahagia . Kehadiranya mewarnai hidup aku . Dari seorang kawan hingga terjalin nya sebuah ikatan yang dinama kan cinta terakhir . Bagi aku tidak perlu lah menyayangi seseorang lebih dari segalanya , kerana pengakhiran sebuah cerita cinta pasti akan ada air mata . Pada mulanya hati dan perasaan aku tidap pernah ada rasa cinta . Tidak ada langsung , Semakin lama , semakin aku yakin yang aku benar benar menyayanginya atas dasar cinta . Sekali lagi aku benar benar rasa yang ini adalah cinta terakhir . Tetapi , dia tidap pernah menunjukan perasaan cinta terhadap aku . Walaupon sakit yang aku rasakan , tetapi cinta aku terhadap dia tidak pernah berakhir . Aku sentiasa menunggu dan mengharap yang cinta nya hanya untuk aku . Makin lama aku rasakan yang dia semakin jauh , jauh dari hidup aku , tetapi aku tak pernah berubah , dan sentiasa menunggu dia kembali seperti diawal perkenalan kami . Aku kuatkan diri untuk teruskan perhubungan ini dengan kesabaran yang amat tinggi .Tetapi aku tidak mampu , Air mata yang selama ini aku pertahankan akhirnya jatuh juga . Melihat sendiri dihadapan cermin dan bertanya , apa kurangnya diri aku ? ape dosa aku ? ape salah aku selama ni ? Apa dia tak pernah nampak pangorbanan yang aku lakukan . Kesabaran yang aku pertahankan . Dan akhirnya aku melepaskan dia tanpa kerelaan aku sendiri . Aku terpaksa , terpaksa melakukan nya . Dan aku pasti dia faham . 2 bulan masa berlalu sehingga ke hari ini , aku masit tidak mampu menipu diri aku yang aku masih menyimpan perasaan dan masih mencintainya . Aku cuba , cuba melupakan semuanya , tapi aku sendiri tak mampu . Setiap kali teringat pasti air mata yang jadi saksi betapa aku amat memerlukan dia . Setiap hari aku berdoa agar dia kembali kedalam hidup aku semula . Tetapi masa tidak bole diundur kembali . Dan dia tidak akan pernah kembali . Kini dia semakin bahagia bersama insan yang disayangi . Dan aku ? Hanya dapat menahan air mata . Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan nya dari jauh . Semoga dia berbahagia selamanya . Kini aku harus meneruskan hidup seperti biasa . Walaupun sakit yang aku alami , aku terpaksa sembunyikan untuk membahagiakan diri aku sendiri . Menyimpan perasaan untuk menjaga hati sendiri . Selamat tinggal air mata . Selamat tinggal penderitaan . Selamat datang pelangi (:
Semoga hari hari yang mendatang mampu mengembalikan senyuman aku , dan aku harus melangkah kaki untuk membuka lembaran baru dan melupakan semua kenangan yang penah aku jalani . Ini kisah sebenar hidup aku . Dan aku percaya , Allah itu selalu melindungi aku dan menyayangi aku . Selamat tinggal cerita hati
NURFATIN , xoxo
No comments:
Post a Comment